3,000 jentera BN siap sedia hadapi PRU
3,000 jentera BN siap sedia hadapi PRU
LIPIS – Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berpuas hati dengan persiapan jentera yang ditunjukkan oleh pasukan Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Lipis dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
Kira-kira 3,000 jentera BN yang terdiri daripada Sayap-Sayap dan Parti Komponen BN menyertai Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Parlimen Lipis.
Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar yakin dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh jentera ini, kemenangan BN di Parlimen Lipis dapat dikekalkan dengan menyasarkan majoriti yang lebih besar.
Parlimen Lipis merupakan salah satu kubu kuat Barisan Nasional yang telah menyapu bersih kesemua 3 kerusi Dun dan Parlimen pada PRU-14 yang lalu.