30 NGO SOKONG KERAJAAN NEGERI PAHANG .
Pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk veteran tentera dari seluruh negara telah membuat 30 laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, hari ini.
Ia susulan isu pencerobohan tanah haram untuk tanaman durian Musang King yang berlaku di daerah tersebut.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan dilakukan bertujuan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Pahang yang mahu bertindak tegas ke atas 111 pekebun durian yang meneroka secara haram tanah rizab hutan yang dianggar seluas 4,400 hektar.
“ kerajaan patut tegas kalau penceroboh penceroboh jangan masuk lagi kawasan itu saya pada kerajaan malaysia adakan operasi khas yang ..kalau dulu bayak operasi dan pelbagai operasi sekarang adakan operasi penceroboh haram .”
Jelasnya, Pahang menjadi negeri pertama yang bertegas dalam hal itu dan percaya isu tersebut turut berleluasa di kawasan negeri lain.
Tambahnya yang mewakili kesemua NGO gabungan berkenaan berkata, agensi-agensi kerajaan yang terlibat perlu bersikap efisien dan telus menangani masalah berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Raub.
Kira-kira 135 orang wakil NGO termasuk pemimpin mereka turut berhimpun secara aman di luar IPD Raub bagi menzahirkan sokongan mereka dalam mencegah pencerobohan tanah haram di Raub.
#sahih
#yangpastisahih