30 MINIT ANGIN PUTING BELIUNG BADAI KAMPUNG CHEGAR PERAH, 18 RUMAH ROSAK
30 MINIT ANGIN PUTING BELIUNG BADAI KAMPUNG CHEGAR PERAH, 18 RUMAH ROSAK
LIPIS : Penduduk lapan belas rumah rosak teruk dibadai ribut puting beliung yang berlaku kira-kira 30 minit di Kampung Chegar Perah, Lipis, pada jam 6.30 petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) Chegar Perah, Ahmad Awang Derani berkata, sejumlah 18 buah kediaman penduduk mengalami kerosakan apabila bumbung dan atap tercabut termasuk garaj di hadapan rumahnya.
“Seramai 49 orang terdiri daripada 18 buah keluarga termasuk warga emas yang keseluruhannya kediaman mereka mengalami kerosakan di bahagian bumbung, bagaimanapun kejadian tersebut tidak membabitkan kecederaan mangsa dan kemalangan jiwa.
“Tiga orang penduduk sebuah keluarga yang tinggal di perumahan Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) dipindahkan ke rumah saudara berdekatan berikutan keseluruhan bumbung dan atap semua bahagian rumahnya diterbangkan angin puting beliung,” katanya ketika dihubungi di Kampung Chegar Perah dekat sini malam tadi.
Menurutnya, kebanyakan mangsa mula membersihkan kediaman lewat malam tadi dengan dibantu oleh sauara-mara dan penduduk lain termasuk anggota Angkatan Pertahanan Awam (JPAM), pejabat Penghulu Mukim dan pihak berkuasa beruniform.
“Sehingga lewat malam tadi, JKKK, Penghulu Mukim, JPAM dan pihak berkuasa beruniform telah membantu menyumbangkan barang makanan sementara menunggu bantuan lain pada hari esok (Sabtu).
“Kejadian angin puting beliung yang agak dahsyat itu antara malapetaka kedua yang menimpa penduduk di situ selepas kejadian bah merah pada 2014,”katanya .
Seorang mangsa, Mohd. Nor Mat Saman berkata, ketika kejadian yang disertai hujan tiba-tiba hadir angin kuat puting beliung membadai rumahnya termasuk beberapa rumah jiran lain.
Katanya, putaran angin puting beliung yang hampir 30 minit itu amat menakutkan dan keluarganya hanya mampu berkumpul di ruang bilik untuk mengelakkan ditimpa kayu dan bumbung.
“Sebelum berlaku angin puting beliung melanda ke tempat tinggal kami, saya sudahpun mendengar bunyi yang amat kuat dan tidak menyangka dalam beberapa saat sahaja keseluruhan bumbung dan atap rumah lenyap diterbangkan angin.
“Walau begitu, saya bersyukur kerana semua ahli keluarga seramai tiga orang tidak mengalami kecederaan dan malam ini (semalam) terpaksa menumpang rumah saudara-mara kerana rumah kami sudah berbumbungkan langit,” katanya.-SAHIH.
KPLB LULUS SEGERA BAIKI RUMAH 18 MANGSA RIBUT PUTING BELIUNG DI KAMPUNG CHEGAR PERAH. - SAHIH
September 11, 2021 @ 9:48 pm
[…] Berita lanjut […]