3.78 juta kenderaan belum memperbarui cukai jalan
3.78 juta kenderaan belum memperbarui cukai jalan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 3.78 juta kenderaan di seluruh negara direkodkan didapati belum memperbaharui lesen kenderaan motor (lkm) sehingga 15 november lalu.
Timbalan ketua pengarah (perancangan dan operasi ) jabatan pengangkutan jalan (jpj) aedy fadli ramli berkata , pihaknya menjangkakan akan berlaku keseksaan luar jangka untuk proses berkenaan menjelang tarikh akhir pada 31 disember nanti
Kita memang jangka dah jangka akan berlaku serbuan
Dia biasa setiap kali tarikh tutup tu dah dekat mrnemang akan berlaku serbuan pejabat jpj bukan serakat jpj malah pejabat pos.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai operasi bersepadu di plaza tol sungai besi, pada jumaat.
Aedy berkata , pihaknya juga akan membuka kaunter-kaunter jpj yang berkaitan di seluruh negara pada hujung minggu mulai hari ini dalam usaha mengurangkan keseksaan bagi urusan memperbaharui lkm.
Kita ingin nasihatkan orang ramai datang lah pejabat2 jpj sekarabg akan buka pada hujung minggu hari biasapun kita lanjut sekarang hingga jam 5 petang, termasuk utc, online pun boleh
Beliau berkata , buat masa kini , pihaknya masih memberi peluang kepada orang ramai yang belum memperbaharui lkm memandang kan masih di dalam tempoh moratorium perbaharui lkm sehingga 31 disember ini
Dalam operasi bersepadu itu yang berakhir jam 12 tengah malam sebanyak 3,210 kenderaan diperiksa dan 596 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan- SAHIH