255 JUTA HILANG KERJA KERANA COVID-19
255 JUTA HILANG KERJA KERANA COVID-19
NEW YORK: Pandemik koronavirus menyebabkan kesan amat buruk terhadap sektor pekerjaan di seluruh dunia tahun lalu dengan kehilangan lebih 250 juta pekerjaan , kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.
Dalam satu kajian baharu, Pertubuhan Buruh Antarbangsa (ILO) yang berada di bawah naungan PBB mendapati 8.8 peratus waktu bekerja global hilang dalam tahun 2020 berbanding suku keempat 2019.
GAMBAR HIASAN
Ia bersamaan 255 juta kerja sepenuh masa atau empat kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah pekerjaan yang hilang semasa krisis kewangan global pada 2009, kata ILO dalam satu kenyataan yang disiarkan AFP.
“Ini merupakan krisis paling buruk di dunia sejak era Great Depression dalam tahun 1930-an,” kata ketua ILO, Guy Ryder kepada pemberita dalam sidang akhbar maya.
Sejak muncul di China lebih setahun lalu, virus Covid-19 membunuh lebih 2.1 juta orang, menjangkiti berpuluh-puluh juta yang lain dan meruntuhkan ekonomi global.