255 ekor pelbagai spesies Tarantula dirampas dan pelbagai spesies terkawal
255 ekor pelbagai spesies Tarantula dirampas dan pelbagai spesies terkawal
PULAU PINANG – Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang telah menjalankan satu pemeriksaan penguatkuasaan ke atas sebuah premis di sekitar daerah Georgetown, Pulau Pinang pada 3 September 2021.
Hasil pemeriksaan telah berjaya merampas sebanyak 255 ekor pelbagai spesies Tarantula, 10 ekor Asian Forest Scorpion, 10 ekor ular Ball Python, 8 ekor spesies mantis, 6 ekor spesies Long-tailed Chinchilla, 4 ekor pelbagai spesies katak, 1 ekor burung Umbrella Cockatoo dan 1 ekor burung Moluccan Cockatoo yang disimpan tanpa sebarang dokumen yang sah oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
Melalui pemeriksaan penguatkuasaan ini, seorang suspek berusia 28 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jelutong, Pulau Pinang dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.-SAHIH