25 PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA RAUB DIBUKA
25 PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA RAUB DIBUKA: 691 MANGSA SUDAH DIPINDAHKAN
RAUB: Sebanyak 25 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan menempatkan 250 keluarga dengan seramai 691 orang, mulai jam 3.30 petang, hari ini.
PPS dibuka kerana hujan lebat berterusan berlaku dan kebanyakan kawasan rendah mula dinaiki air, malah banyak rumah digenangi air.
PPS Dewan orang Ramai Taman Perumahan Lechar menempatkan 30 keluarga setelah dipindahkan dari PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Putus setelah pusat itu turut dinaiki sedalam 1.5 meter.
PPS Dewan UMNO Batu Talam menempatkan 5 keluarga, PPS Surau Kg Peruas (12 keluarga), PPS Balairaya Kg Pamah Kulat (19 keluarga), PPS Rumah Pertanian Kg Pamah Rawas (6), PPS Masjid Jamek, Kg Kuala Semantan, PPS Balairaya Kg Pintu Padang (18) dan PPS Dewan Tok Machang (23).
PPS Dewan Ulu Gali turut dibuka dengan 4 keluarga, PPS SK Ulu Atok (22), PPS Masjid Kg Ajai, PPS Dewan Kg Pia (5), PPS Balairaya Kuala Keloi (13), PPS Balairaya Bukit Pampong (8) , PPS Dewan Orang Ramai Kuala Gali (6), PPS Masjid Kg Temau (8), PPS Dewan Dato Seriwa Dong danPPS Balairaya Kg Sengkela (3 keluarga).
PPS Kg Sega Lama (4 keluarga) , PPS Dewan Pusat Kegiatan Kemas Gali Tengah (31), PPS Dewan Serbaguna Gali Hilir (26), PPS Balairaya Kampung Sungai Pasu (17), PPS Kg Chenua (3) dan PPS SK Ulu Sungai 18 keluarga dan PPS Surau Ulu Renggol satu keluarga.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut meninjau kawasan yang dilanda banjir serta beberapa pusat perpindahan sementara yang dibuka.
Beliau berharap, semua penduduk yang belum dipindahkan bersiap sedia dengan dokumen penting dan mengikut arahan pihak berwajib untuk berpindah dengan segera.