246 PENIAGA DAN PEMBANTU PASAR BESAR KUANTAN DIRAYU HADIR UJIAN SARINGAN ESOK
246 PENIAGA DAN PEMBANTU PASAR BESAR KUANTAN DIRAYU HADIR UJIAN SARINGAN ESOK
KUANTAN, 8 JULAI – Terdapat 246 peniaga dan pembantu Pasar Besar Kuantan didapati belum membuat ujian saringan Covid-19 seperti mana arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam kenyataannya merayu semua yang terlibat diminta menghadirkan diri ke Terminal Sentral Kuantan (TSK) bagi menjalani ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari esok (Jumaat).
“Pihak MBK mohon semua yang terlibat untuk memberikan kerjasama bagi mengekang pemularan jangkitan dalam kalangan warga tempatan yang dilihat semakin meningkat dan memberi ancaman kepada kesejahteraan awam ketika ini.
“Ditegaskan bahawa pihak majlis tidak akan membenarkan Pasar Besar Kuantan beroperasi sehingga kesemua kontak rapat telah menjalani saringan tersebut.
“Larangan operasi ini pastinya akan menyukarkan warga Kuantan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.
“Kegagalan nama yang tersenarai untuk menghadirkan diri ke ujian saringan ini akan membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil oleh PDRM, ” menurutnya.
MBK dalam kenyataan itu turut melampirkan senarai 246 246 peniaga dan pembantu Pasar Besar Kuantan.