243 buah Pusat Pemindahan Sementara masih beroperasi libatkan 31,769 mangsa banjir
243 buah Pusat Pemindahan Sementara masih beroperasi libatkan 31,769 mangsa banjir
TEMERLOH – Sebanyak 8,363 buah keluarga masih lagi tempatkan di 243 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi berikutan keadaan banjir belum pulih di sembilan buah daerah di Pahang sehingga hari ini.
Kesemua mangsa seramai 31,769 orang mangsa banjir yang terdiri 8,587 lelaki dewasa, perempuan dewasa (8,637 orang), kanak-kanak lelaki (4,599 orang), kanak-kanak perempuan (4,368 orang), bayi lelaki (796 orang), bayi perempuan (718 orang).
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang berkata, turut ditempatkan warga emas lelaki (703 orang), warga emas perempuan 837 orang, Orang Kurang Upaya lelaki (176 orang) dan Orang Kurang Upaya perempuan (129 orang) di PPS terlibat,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Kata jurucakap tersebut, Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan yang tinggi, iaitu sebanyak 45 buah PPS yang membabitkan 17,221 orang mangsa, diikuti 56 PPS di Temerloh (5,034 orang), 40 PPS di Raub (2,143 orang), 35 PPS di Lipis (1,897 orang) dan 33 PPS di Jerantut (1,677 orang).
“PPS yang masih beroperasi penempatan mangsa di 13 PPS di Pekan (1,181 orang), 15 PPS di Maran (1,363 orang), 2 PPS di Bentong (1,044 orang) dan 6 PPS di Bera (209 orang), semua mangsa banjir ini mula ditempatkan di PPS berdekatan tempat tinggal masing-masing mulai 17 Disember lalu berikutan kejadian banjir bermula sehingga ini.
“Terdapat beberapa buah PPS di Kuantan, Maran, Pekan, Raub, Jerantut dan Lipis mula ditutup semalam dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air banjir surut,” katanya.-SAHIH.