241 DITAHAN GAGAL PATUH SOP
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 241 individu semalam atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk tidak mematuhi penjarakan fizik.
Antara kesalahan ingkar arahan PKP gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi penjarakan fizikal dan aktiviti pusat hiburan
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sejumlah 202 individu telah dikompaun manakala 39 pula direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78), tidak memakai pelitup muka (77), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (43), aktiviti pusat hiburan (41) dan lain-lain (2).
“Sebanyak 2,837 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,888 anggota telah membuat pemantauan di 3,566 pasar raya, 4,996 restoran serta 1,860 penjaja, 1,179 kilang, 3,557 bank dan 630 pejabat kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik dari KOSMO! Online.
Dalam pada itu katanya, Operasi Benteng semalam turut berjaya menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI), satu tekong serta merampas enam kenderaan darat dan dua bot atau kapal.
GAMBAR HIASAN
“Sebanyak 125 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan Ops Penawar (55 SJR); Ops Benteng PDRM (61 SJR) dan Ops Benteng Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak sembilan SJR.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tegasnya.