2 LELAKI INDIA DI LARIKAN 10 LELAKI
2 LELAKI INDIA DI LARIKAN 10 LELAKI
Kuala Lumpur: Dua lelaki warga India dilarikan 10 lelaki di sebuah restoran di Brickfields, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa dikatakan dilarikan kumpulan lelaki itu ketika menumpang di sebuah restoran.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan mendapati, kumpulan lelaki terbabit melakukan perbuatan itu untuk ‘mengambil semula’ kedua-dua mangsa yang dipercayai pernah bekerja dengan seorang daripada suspek.
Katanya, kedua-dua mangsa itu dikatakan sebelum ini bekerja di sebuah restoran di Pandamaran, Klang sebelum melarikan diri.
“Ketika kejadian, suspek meluru masuk ke dalam restoran sebelum menarik mangsa keluar dan disaksikan pelanggan lain.
“Seorang daripada mangsa sebelum ini ada membuat laporan polis kerana mendakwa tidak dibayar gaji,” katanya dalam kenyataan media, hari ini, lapor MG online.
Menurutnya, polis kini giat mengesan suspek dan mangsa yang dilarikan secara salah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.