2 BERANAK MAUT KERETA BERTEMBUNG PACUAN 4 RODA
DUNGUN: Seorang peneroka FELDA dan anak perempuannya maut selepas kereta mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Dungun, Terengganu, pagi tadi.
Kemalangan berlaku di Kilometer 61 Jalan Jerangau- Jabor, berhampiran FELDA Jerangau Barat.
Mangsa Mohamed Jenal, 61 tahun dan anaknya Mardiah, 25 tahun maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Gambar Hiasan
Sebelum kemalangan, kenderaan dipandu Mohamed dikatakan cuba mengelak seekor ular sawa melintas jalan menyebabkan kereta dipandunya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia lingkungan 50-an.
Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di bahagian hadapan tempat duduk.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: One News