19,431 kekosongan, pengambilan khas guru dalam tempoh terdekat
Foto atas : Hui Ying (tengah) menyampaikan cenderamata kepada para peserta yang menyertai Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shang Wu, George Town, semalam.
19,431 kekosongan, pengambilan khas guru dalam tempoh terdekat
GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan pengambilan khas guru-guru baharu dalam tempoh terdekat bagi mengatasi masalah kekurangan guru bagi beberapa subjek teras di negara ini.
Lapor Kosmo!, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, jumlah kekurangan guru KPM setakat 31 Januari lalu adalah sebanyak 19,431 kekosongan iaitu kira-kira 4.49 peratus.
“Kekosongan ini berlaku berikutan dari persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.
“Oleh itu, KPM dalam rancangan untuk adakan pengambilan khas untuk guru-guru, KPM akan umumkan perkara ini dalam masa satu atau dua bulan lagi,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shang Wu, di sini semalam.