19 RUMAH TERMASUK 3 BANGLO TERJEJAS
19 RUMAH TERMASUK 3 BANGLO TERJEJAS
SELANGOR – Pihak berkuasa
memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk melengkapkan kajian dan laporan teknikal keadaan tanah di Kemensah Heights, yang runtuh malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kajian oleh Jabatan Mineral dan Geosains itu akan merumuskan sama ada kawasan berkenaan selamat atau tidak untuk didiami.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata hasil kajian itu juga akan menentukan sama ada penduduk yang dipindahkan kerana runtuhan tanah itu dapat kembali ke rumah mereka.
Jelasnya, mereka memerlukan 3 hari sama ada kediaman ini selamat di suami atau sebaliknya, ketika ini laporan menunjukkan masih intek dan tidak ade pergerakan ianya hanya berlaku limpahan air sungai tanah yang menimbud sungai tersebut, sekiranya laporan ini mendapati bangunan itu selamat didiami penduduk ini boleh balik ke rumah masing masing
Beliau berkata pada media ketika melawat lokasi kejadian,
Katanya, langkah segera yang akan diambil adalah memasang besi penghadang untuk menghentikan pergerakan tanah dengan permohonan peruntukan segera dianggarkan RM1 juta telah dimaklumkan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam kejadian malam tadi sebanyak 19 rumah menempatkan 28 keluarga terjejas akibat bencana yang berlaku jam 9.15 hingga 9.30 malam.
Namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.- SAHIH