19 ekor lembu mati dipanah petir
19 ekor lembu mati dipanah petir
GUA MUSANG – Seorang penternak mengalami kerugian hampir RM100,000 selepas 19 ekor lembu ternakannya mati dipanah petir di kawasan ladang sawit Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 di sin semalam.
Pemilik haiwan ternakan itu, Mohd. Sharulafizam Johari, 31, berkata, kejadian tersebut berlaku dipercayai kira-kira pukul 10 malam ketika petir dan hujan lebat.
Menurutnya, dia menternak sebanyak 49 ekor lembu yang dilepaskan berkeliaraan dalam kawasan ladang sawit berkenaan.
“Saya menyedari kejadian itu selepas masuk ke ladang itu untuk melihat ternakan lembu pada pukul 7.30 pagi tadi.
“Saya amat terkejut apabila melihat sekumpulan lembu ternakan sudah mati bergelimpangan tidak jauh antara satu sama lain berhampiran pokok kelapa sawit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini,lapor kosmo online
Mohd. Sharulafizam berkata, dia percaya 19 ekor lembu ini mati ketika mereka berkumpul di bawah sebatang pokok kelapa sawit sebelum dipanah petir,” katanya.