16,651 GANGGUAN AIR DI JERANTUT
Jerantut – Sebanyak 16,651 pemegang akaun Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) akan mengalami gangguan kali kedua dalam tempoh seminggu pada 15 September (Selasa), mulai jam 12.00 tengah hari hingga jam 12.00 tengah hari 16 September (Rabu) ini .
Makluman yang dikeluarkan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Jerantut, gangguan berlaku kerana Loji Rawatan Air (LRA) Batu Embun Fasa 3 dan Fasa 4 dihentikan secara bergilir-gilir bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan dan penatahan semula sistem bekalan elektrik 415v.
Gangguan bekalan akan berlaku di kawasan seluruh kawasan Bandar Baru Jerantut, Bandar Inderapura dan sekitar, Taman Perumahan Awam Kos Rendah PAKR) Bandar, Taman Koperasi, Taman Mutiara, Taman Desa Indah, PAKR Peringkat 3 dan 4, Taman Raya dan Jalan Bomba Sungai Jan
Turut terlibat, perumahan Taman Muhibbah, Taman Gemilang, Taman Teratai, Taman Jaya, Taman Sri Jaya , Taman Embun Jaya, Kg Bt Embun, Kg Pulau Mansok, Kg Paya Teh, Taman Tiew Soon , Taman Intan, Taman Mawar Murni, Taman Sentosa, Taman Damai, Taman Jerantut, Taman Berlian, dan Taman Ruby.
Penduduk di Taman Pine, Taman Cempaka, Taman Alamanda, Taman Pelangi, Taman Bukit Permai, Taman Bkt Pedah, Taman Sri Tahan, Taman Seroja, Bandar Inderapura, Kawasan Industri, Taman Wawasan, Kawasan Industri Ringan, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan dan Kg Temin.
Lain-lain kawasan yang mengalami gangguan ialah, Kuarters Guru Temin, Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kolej Komuniti, Kg Pisang, Sri Muda, Sri Kool, IBHK, RTP Bkt Ketupat sepanjang Jalan Temerloh sehingga Kg Seboi (Temerloh) Taman Perdana , Taman Kelisa Emas, Taman Saujana Idaman, Taman Impian, Taman Ria, Sek Tunas Bakti dan Jalan Kuantan,
Kawasan Jerantut Feri, Kg Feri, Kg Tanah Rom, Kg Perias, Kg Lada, Simpang Pdg .Piol, Kg Paya Garuk, Kg Paya Petai, Sg.Salan , Kg Melayu, Kg Mat Kilau, , Kg Bt. Satu dan kawasan sekitar Rumah Kilat Sungai Jan Jerantut.
Pengguna di kawasan terbabit dinasihat menadah air untuk bekalan sepanjang tempoh gangguan bekalan tersebut. Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.