157 SUKU BAJAU LAUT PELUK ISLAM DI HADAPAN USTAZ EBIT LIEW
157 SUKU BAJAU LAUT PELUK ISLAM DI HADAPAN USTAZ EBIT LIEW
KUANTAN: Seramai 157 individu suku Bajau Laut di Sabah semalam mengucap syahadah memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan.
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkata, mereka memeluk Islam ketika beliau menghantar misi bantuan bekalan makanan.
“Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini.
“Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Mereka tiada kepercayaan agama. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.
“Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut. Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan.
GAMBAR IHSAN FACEBOOK USTAZ EBIT LEW
“Mereka susah sangat. Bajau Laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis.
“Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.
“Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama.
“Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.
“Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” katanya di laman Facebook hari ini.
Menurut Ustaz Ebit, beliau akan terus membantu penduduk kampung berkenaan termasuk akan uruskan untuk bina sekolah.
“Tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka. Saya akan bayar gaji guru-guru yang sedia mengajar disini.
“Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna,” katanya.