140 RXZ cari penyakit motor kena sita
140 RXZ cari penyakit motor kena sita
Lebih 140 motorsikal pelbagai jenis ditahan dan disita dalam Ops Bersepadu dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Terengganu bersama Polis Diraja Malaysia PDRM.
Ia termasuk motorsikal peserta Himpunan Yamaha RXZ 5.0 di Gong Badak Kuala Nerus dan sekitar Kuala Terangganu.
Penahanan dilakukan atas pelbagai kesalahan trafik dan melanggar peraturan ditetapkan.
Antara kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki lesen memandu, motorsikal yang diubah suai, ekzos yang bising, tiada nombor pendaftaran serta mengganggu lalu lintas.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan Ketika dihubungi berkata operasi yang bermula pagi tadi.digerakkan susulan aduan orang ramai berikutan tindakan segelintir peserta himpunan yang menunggang motosikal secara berbahaya serta menimbulkan suasana bising dan tidak selesa kepada penduduk khususnya yang tinggal berhampiran jalan.
Datuk Mazli menegaskan tidak ada sebarang unsur sabotaj seperti yang dinyatakan di media sosial kerana pihaknya menyokong program berkenaan selagi mana peserta mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.
PDRM memuji sikap penunggang motosikal yang memberikan kerjasama yang baik dalam operasi tersebut-SAHIH