REKOD NADAL SUKAR DISAINGI
Berita Sukan
13 REKOD NADAL TIDAK AKAN PECAH
COLOGNE: Andy Murray meramalkan rekod 13 kejuaraan Terbuka Perancis milik Rafael Nadal tidak akan diatasi oleh sesiapa.
Murray, 33, juara bertahan Olimpik dan bekas pemain nombor satu dunia dari Britain, tersingkir di pusingan pertama Terbuka Perancis bulan lalu kepada Stan Wawrinka.
Ahad lalu, Nadal, 34, menewaskan Novak Djokovic 6-0, 6-2, 7-5 pada final di Roland Garros untuk gelaran ke-13 pemain Sepanyol itu di Terbuka Perancis.
Dia turut menyamai rekod sepanjang zaman 20 gelaran Grand Slam dipegang Roger Federer.
“Ia pencapaian menakjubkan. Saya tidak rasa apa yang dia lakukan di Roland Garros akan dapat diatasi sampai bila-bila.
“Dia kurang satu kemenangan untuk menyamai jumlah Grand Slam (Pete) Sampras, dan dia melakukannya hanya dalam satu kejohanan.
“Saya tidak rasa ia akan diulangi dan tidak ada sesiapa yang hampir,” kata Murray yang akan beraksi di Cologne minggu ini.
Sumber: AFP