KUIH LEPAT UBI PILIHAN HATI
Pembaca SAHIH, Nik Nuria Jusoh dari Kampung Sri Damai, Jalan Gambang Kuantan,Pahang berkongsi lepat ubi hasil tangannya.
Lepat ubi sesuai dimakan bersama air kopi pada waktu pagi atau pada waktu petang.
Beliau turut berkongsi cara-cara menghasilkan lepat ubi.
Ubi kayu di parut. Pada masa sama masak pati santan, gula nisan (gula Melaka), gula putih dan sedikit garam sehingga pekat.
Kemudian tuangkan pati santan yang dimasak itu ke dalam bekas yang berisi ubi kayu parut.
Kacau sehingga sebati dan boleh bungkus menggunakan daun pisang.
Kukus selama 35 minit.