11,557 PENGUNDI AWAL TERDIRI ANGGOTA TENTERA
11,557 pengundi awal terdiri Anggota Tentera
MELAKA – Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mula dibuka jam 8 pagi ini bagi membolehkan 11,557 pengundi awal terdiri anggota tentera dan pasangan serta polis menunaikan tanggungjawab mereka.
Daripada jumlah itu, 24 pusat mengundi awal dibuka khusus untuk anggota polis, manakala tujuh pusat lagi , dengan empat daripada nya berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, membabitkan pengundi tentera dan pasangan.
DUN Sungai Udang antara kerusi yang merekodkan jumlah pengundi awal tertinggi pada PRN Melaka , iaitu melebihi 40 peratus daripada keseluruhan 22,793 pengundi.
Suasana petugas SPR bersiap sedia untuk undi awal PRN Melaka di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Melaka.
Sepanjang proses pengundian awal, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta pengundi mematuhi panduan pencegahan COVID-19 seperti memastikan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman, menjalani pemeriksaan suhu badan serta merekodkan kehadiran.
Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon serta pemerhati piliha raya yang di lantik SPR.
– SAHIH