RM100 juta peruntukan KPKT dan KPLB inisiatif bina dan baikpulih
RM100 juta peruntukan KPKT dan KPLB inisiatif bina dan baikpulih
PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meneruskan komitmen bantuan banjir Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi inisitif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir dinamakan sebagai INISIATIF RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA yang akan membabitkan tiga fasa pelaksanaanya.
Kedua-dua kementerian masing-masing memperuntukan RM50 juta bagi usaha itu dengan kos sebanyak RM5,000 sehingga RM15,000 bagi kos baik pulih rumah dan RM56,000 bagi kos bina baharu.
Inisiatif melibatkan peranan pelbagai pihak antaranya peringkat agensi pusat iaitu Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), serta diperingkat negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri.
Setakat ini terdapat 8,257 rumah yang terjejas akibat banjir di mana 118 adalah bagi pembinaan baru, manakala 8,139 bagi baik pulih rumah yang terjejas.-SAHIH