10 RUMAH SEWA MUSNAH DIJILAT API api
10 rumah sewa musnah dijilat api
PONTIAN: Lima daripada 10 buah rumah sewa hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Kampung Tenggayun, Rimba Terjun, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8.35 pagi itu menyebabkan kira-kira 20 mangsa termasuk tiga warga asing hilang tempat tinggal.
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Agama Kampung Tenggayun di sini dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi lain.
Seorang mangsa kebakaran, Siti Rahila Mat Hazali, 30, berkata, ketika kejadian dia baru hendak keluar pergi kerja di kawasan Perindustrian Pontian.
“Sebaik nampak asap tebal, saya segera kejutkan suami serta dua orang anak yang sedang tidur dan kami keluar dari rumah dengan segera kerana api marak dengan begitu cepat.
“Syukur suami saya Rozman Shah Sabaran, 34, dan dua anak, seorang lelaki dan perempuan selamat dalam kejadian tersebut yang berlaku secara tiba-tiba tanya dapat menyelamat barangan yang lain,” katanya ketika ditemui di sini hari ini, lapor kosmo online
Sementera itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.41 pagi sebelum tujuh anggota dikejarkan ke lokasi.
Katanya, punca kebakaran dikatakan bermula di rumah nombor tujuh sebelum merebak ke rumah lain.