10 NEGERI DISANITASI
10 NEGERI DISANITASI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK
PUTRAJAYA: Sebanyak 31 operasi sanitasi awam dilaksanakan dalam mencegah penularan COVID-19 di 10 negeri semalam.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia dilaksanakan di 15 zon merah, satu zon jingga, sembilan zon kuning dan dua zon hijau.
ANGGOTA BOMBA MELAKUKAN PROSES SANITASI DI BEBERAPA LOKASI TERPILIH DI SELURUH NEGARA
“Ia membabitkan 10 negeri iaitu Sabah (lapan operasi), empat masing-masing di Selangor, Melaka dan Perak, tiga di Sarawak dan dua operasi di Negeri Sembilan, Pahang, dan Kelantan serta satu di Kedah dan Perlis,” katanya dalam satu kenyataan media yang dipetik dari BH Online hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 12,511 operasi sanitasi awam sudah dijalankan bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membabitkan 137 zon.
Katanya, sebanyak 14,441 premis di sanitasi membabitkan 2,900 pusat perniagaan, 1,680 kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), 2,860 tempat awam, 357 pasar raya dan 6,644 bangunan kerajaan.
PASAR AWAM ANTARA LOKASI PROSES SANITASI DIJALANKAN PIHAK BERKUASA
Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, pemeriksaan oleh anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di tapak pembinaan di seluruh negara semalam mendapati 17 daripadanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan manakala satu lagi tidak beroperasi.