๐ง๐ถ๐ด๐ฎ ๐ฐ๐ฒ๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ฎ, ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฐ๐๐ฟ๐ถ ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐๐ถ๐ธ๐ฎ ๐น๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฝ๐ผ๐น๐ถ๐
KUANTAN – Tindakan nekad pemandu sebuah kereta dipercayai dicuri lari dari pemeriksaan polis membawa padah apabila kenderaan yang turut dinaiki dua penumpang itu terbabit nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan – Maran berhampiran Kampung Paya Bungor di sini petang semalam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6 petang itu, pemandu kereta berusia 32 tahun bersama dua penumpang termasuk seorang wanita masing-masing berusia 23 dan 21 tahun, cedera
Nahas turut melibatkan kenderaan polis jenis Mitsubishi ASX 2.0 dan sebuah lori, namun dua anggota polis terlibat dan pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, sebelum kejadian, dua anggota peronda lebuh raya (EMPV) Bukit Aman sedang melakukan pemeriksaan berhampiran Plaza Tol Seri Jaya, Maran.
Menurutnya, menyedari kehadiran polis, pemandu kereta jenis Proton Satria yang turut dinaiki dua penumpang itu mengelak pemeriksaan apabila memecut kenderaan memasuki Lebuhraya Pantai Timur 1 menghala Ke Kuala Lumpur.
“Anggota polis terlibat mengejar kenderaan tersebut sebelum suspek berpatah balik dengan memandu secara melawan arus dan masuk kembali ke tol Sri Jaya menuju ke Jalan Kuantan – Maran.
“Adegan itu berlaku sehingga memasuki daerah Kuantan hingga simpang Lepar Hilir sebelum kenderaan suspek hilang kawalan dan terbabas melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya.
Kamarulzaman berkata, akibat kejadian, kenderaan suspek berpusing beberapa kali dan turut terlanggar kenderaan polis.
“Pemandu dan dua penumpang kenderaan tersebut yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan.
“Hasil pemeriksaan mendapati kereta itu adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Jinjang, Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
Sebelum ini, video kejadian berdurasi 29 saat tular di laman sosial Facebook selepas dimuat naik dan dikongsi netizen.
Sumber – ๐บ๐๐๐๐ ๐ฏ๐๐๐๐๐
#sahih#yangpastisahih
twitter favori satฤฑn al
September 2, 2021 @ 1:27 am
I was stalking the boy I love, I hope he doesn’t see me ??????
instagram begeni
November 27, 2021 @ 4:21 am
herkes fenomen olabilir artik tiktok takipci alin