Wanita dihempap pokok meninggal dunia sejurus tiba dengan helikopter di Pengkalan TUDM Kuantan
Wanita dihempap pokok meninggal dunia sejurus tiba dengan helikopter di Pengkalan TUDM Kuantan
JERANTUT : Wanita yang mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Tahan yang cedera dihempap pokok ketika tidur di Kem Seputih, berdekatan Gunung Rajah Kuala Tahan meninggal dunia.
Superitendan Ketua Polis Daerah Jerantut, Zukri Muhammad
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Zukri Muhammad berkata, beliau mendapat laporan mangsa tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) semasa mendarat di Pengkalan TUDM, Kuantan kira-kira 8.00 malam tadi.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HT) Kuantan untuk menjalani bedah siasat di Unit Pathology, HTAA pagi ini..
“Wanita itu, Wan Nurulhuda Mior Abdullah berusia 49 tahun itu mengalami kecederaan di pinggul dan tidak sedarkan setelah dihempap pokok ketika tidur di Kem Seputih, berdekatan Gunung Rajah Kuala Tahan kira-kira jam 12.00 tengah malam semalam,” katanya.
Katanya, wanita itu menyertai pendakian bersama 10 orang peserta dengan bantuan Malim Gunung Mainol Azian.
“Bantuan helikopter diperlukan untuk membawa keluar mangsa kerana perjalanan darat akan mengambilnya untuk membantu mangsa dan memakan masa selama dua hari serta tempoh berjalan kaki mengambil masa kira-kira 11 jam untuk sampai ke lokasi.
“Helikopter Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) sudah berada di Kuala Tahan menerbangkan mangsa ke Kuantan petang semalam,” katanya.-SAHIH.