UPSI anjur PIN Tar 01 kali pertama penyelidikan dan inovasi Bahasa Arab
UPSI anjur PIN Tar 01 kali pertama penyelidikan dan inovasi Bahasa Arab
Persidangan Antarabangsa Inovasi dan Teknologi Bahasa Arab (PInTAr O1) buat julung kali bakal mengadakan penyelidikan dan inovasi berkaitan bahasa Arab di negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini pada bulan Oktober ini.
Persidangan itu dianjurkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim itu diadakan dengan kerjasama Consortium of Asia-Pacific Education Universities (CAPEU), Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) dan Universitas Negeri Semarang (UNNES).
Pengarah Programnya, Dr Nazri Atoh berkata, persidangan itu diadakan bertujuan mengumpulkan penyelidik, saintis dan pelajar untuk bertukar-tukar serta berkongsi pengalaman, idea baharu di samping hasil penyelidikan mereka mengenai semua aspek bahasa Arab.
Menurut beliau, persidangan itu juga bertujuan untuk membincangkan cabaran praktikal yang dihadapi dan penyelesaian yang boleh diterima pakai.
“Persidangan itu juga bertujuan untuk membincangkan cabaran praktikal yang dihadapi dan penyelesaian yang boleh diterima pakai.
“Terdapat tiga tema utama yang akan dibincangkan dalam persidangan kali ini iaitu Inovasi dan Teknologi dalam Bahasa Arab, Kajian Penyelidikan Linguistik Arab dan Kesusasteraan Arab,” katanya.
Katanya, persidangan itu menjadi satu platform yang ideal untuk sarjana berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai tiga perkara tersebut.
“Persidangan ini akan diadakan pada setiap tahun namun UPSI mendapat penghormatan sebagai tuan rumah yang pertama bagi persidangan 2024,” katanya lagi.
Antara panel pembentang kerja ialah Dr Elsayed Makki (UPSI), Dr Taj Rijal (UPSI), Prof Dr Saipolbarin (UPSI), Prof Emad Abdul Latif (Qatar University), Prof Dr Yayan Nurbayan (Purwakarta Campus, Indonesia) dan Prof Dr Abdul Hafidz (UNIDA Gontor, Indonesia).
Katanya, tarikh akhir pendaftaran, penghantaran video dan kertas kerja penuh dibuka sehingga 19 September 2024.
“Peserta yang berminat untuk menyertai persidangan itu boleh menghubungi Dr Nazri Atoh menerusi nombor telefon (+6013-2582476) atau Dr Maskanatul Fiqiyah (+6017-6169498).
“Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai persidangan ini peserta boleh e-melkan kepada pintarfbk@upsi.edu.my,” katanya. – SAHIH.