UBI BEMBAN MERAWAT PENYAKIT SECARA TRADISIONAL
UBI BEMBAN MERAWAT PENYAKIT SECARA TRADISIONAL
Ubi bemban atau ubi belanda, panggilan sainstifiknya, Maranta Arundinacea susah nak jumpa sekarang. Mungkin ada yang tak kenal rupa bentuk ubi ini, ubi ini ada dijual di pasar tani atau pasar basah.
Pokok ubi bemban ditanam secara pecahan rumpun dan mudah dapat hasil. Orang dulu-dulu jadikan ubi bemban makanan ringan seperti snek, menjadi juadah pada waktu pagi atau minum petang.
Isi ubi bemban ada yang sepanjang kira-kira 10 sentimeter, direbus dengan campuran air garam atau dibakar. Tekstur ubi bemban tidak seempuk ubi kayu, ia lebih kenyal dan banyak serat. Semakin tua ubi bemban, semakin banyak serat dan jika ubi bemban yang muda, tekstur lebih lembut dan sedap untuk dimakan.
Ubi bemban bukan sahaja sedap untuk dihidangkan tetapi ia juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan. Patutlah orang dulu-dulu suka makan ubi bemban ni. Jom tengok apa kebaikan khasiat ubi bemban.
Merawat Jerawat
Licinkan kulit muka menggunakan ubi bemban. Hiris halus atau hancurkan ubi bemban dan letak pada kulit yang berjerawat seperti topeng muka. Biarkan hingga kering. Jerawat akan pulih dan mengurangkan keradangan kulit.
Ubat Untuk Sakit Mata
Batang ubi bemban diperah sehingga keluar air. Air batang ubi bemban dititiskan dalam mata. Kaedah lain adalah rebus ubi bemban dan air rebusan tersebut dititis dalam mata. Merah mata akan beransur hilang.
Hilangkan Ulcer Mulut
Ulcer mulut biasanya berpunca kerana tidak cukup minum air. Untuk menghilangkan ulcer mulut dengan cepat, makan isi ubi bemban. Pastikan ubi bemban dibasuh hingga bersih dan kunyah lebih lama. Ulcer akan kecut dan mulut akan jadi bersih.
Menurunkan Haba Badan Ketika Demam
Ubi bemban bersifat sejuk. Jika demam semakin tinggi suhu, amalkan minum air rebusan ubi bemban atau makan ubi bemban. Suhu badan akan beransur turun.
Menghilangkan Sakit Perut
Rebus ubi bemban dan campurkan dengan sedikit gula sebagai perasa. Minum air ketika suam. Ia akan menghilangkan rasa sakit perut, cirit-birit, kembung dan tidak keselesaan lain.
Meredakan Kencing Kotor
Ubi bemban membantu meredakan penyakit kencing kotor atau penyakit yang berkaitan dengan salur atau pundi kencing.
Meredakan Bisul Dan Sengatan Serangga
Daun ubi bemban yang matang, dilayurkan atas api hingga layu. Daun akan jadi berminyak, tampal pada bahagian yang bisul atau disengat serangga. Cara ini akan mempercepatkan kematangan bisul.
Ubat Kayap
Ubi bemban yang sudah matang boleh merawat kayap. Hancurkan isi ubi bemban dan tepek pada bahagian yang terkena kayap.
Maka cubalah ubat-ubat herba. Khasiatnya bagus dan masih banyak tidak diketahui dan perlu kajian.-SAHIH