TUGU, MURAL KELUARGA HAJI SIDEK JADI TARIKAN
TUGU DAN MURAL KELUARGA HAJI SIDEK JADI TARIKAN
Pernahkah anda membaca komik atau menonton animasi kartun Anak–Anak Sidek? Cerita yang mengisahkan tentang kehidupan keluarga Haji Sidek yang berusaha membesar dan mendidik anak-anaknya untuk menjadi pemain badminton negara yang berjaya.
Walaupun kini komik dan animasi kartun sudah tidak diteruskan lagi tetapi jasa dan kenangan keluarga ini tidak akan dilupakan terutama generasi kanak-kanak 90-an yang sering mengikuti kisah mereka.
Untuk mengenang jasa Allahyarham Dato’ Haji Sidek Bin Haji Abdullah Kamar, Tugu Peringatan Keluarga Haji Sidek dibina di Kampung Kanchong Darat, Banting Selangor. Tugu yang dibina untuk mengabadikan kejayaan anak-anaknya dalam arena badminton negara.
Tugu yang sudah dibina 28 tahun yang lalu dibaik pulih besertakan dinding mural potret Allahyarham Dato’ Haji Sidek dan anak-anak beliau.
Misbun (Bun), Razif (Ajib), Jailani (Alan), Rahman (Aman) dan Abdul Rashid (Adul) adalah anak-anak Haji Sidek yang berjaya mengharumkan nama negara. Tugu yang dibina berhampiran dengan rumah Haji Sidek yang kini menjadi daya penarik kepada pengunjung.