Tragedi awal Ramadan di restoran stimbot
Tragedi awal Ramadan di restoran stimbot
TEMERLOH – Sebelum menyambut awal Ramadan telah berlaku satu tragedi buat tujuh sekeluarga apabila dapur mudah alih yang digunakan di atas mejanya meletup di sebuah restoran stimbot di Temerloh pada 9 Mac lalu.
Tujuh sekeluarga itu mengelilingi meja yang mereka duduk sedang memanggang dan merebus sup.
Salah seorang ahli keluarga melalui akaun Facebook milik Noor Ayob memuatnaik gambar dan menulis berkenaan kejadian itu pada 18 Mac.
Tulisnya, dapur mudah alih di atas mejanya tiba-tiba meletup menyebabkan mereka tersimpah air sup panas dan disambar api dan mengalami kecederaan melecur di muka dan bahagian tangan.
“Saya bertanya kepada pengusaha restoran itu sama ada memiliki insuran dan jawapannya diberi tidak memiliki insuran.
“Kami sekeluarga akan membuat tuntutan sivil,” tulisnya.
Sementara itu Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Polis, Mazlan hassan berkata, polis mengesahkan kejadian tersebut.
“Pihak polis menerima laporan kejadian pada 16 Mac,” katanya ketika dihubungi.-SAHIH.
Foto : FB Noor Ayob