TOLONGLAH CIK B DAPAT SAMBUTAN
Siapa tidak kenal dengan nama Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV) kini semakin menyerlah selepas membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta.
Kini Cik B muncul dengan single pertama ‘Tolonglah’ yang merupakan luahan hati seorang anak kecil yang mengalami pengalaman hidup yang gelap, didera oleh pembantu rumah dan dibayangi dengan isu keluarga.
So Cikb akan release lagu cikb
— cikb havoc (@HavocCikb) November 29, 2020
1st December ni! Lagu ni pasal life cikb maybe some people tak faham apa maksud mv tu nanti cikb akan terangkan, ni lagu rap maybe ramai tak beberapa gemar namun lirik dia sangat deep Kalau korang faham:/
Lagu ni berjudul tolonglah hehe.
‘Tolonglah’ nyanyian Cik B bergenre dark emo rap yang hanya membuat video klip di rumah dan gudang serta dibantu oleh kakitangan Wisma Vida Beauty.
Lagu ini dicipta sendiri oleh Cik B bersama ibunya, DSV. Tinjauan yang dibuat video klip ‘Tolonglah’ di Youtube dapat 501,329 tontonan dan 53k likes sejak 1 Disember.
Di akaun Instagram dan Twitter Cik B juga dipenuhi dengan kata-kata positif daripada peminat.
Menurut sumber, lagu ini sudah disiapkan setahun yang lalu tetapi Cik B merasakan tiada keyakinan diri, malu dan takut kepada media. Namun, selepas setahun Cik B mula yakin dengan diri sendiri untuk lebih ke hadapan.
Cik B berharap peminat dan penyokong dapat menerima lagu tersebut dan memahami setiap lirik yang diingin disampaikan.