TM rugi RM1.2 juta, alat dalam peti kabinet Telekom dicuri
TM rugi RM1.2 juta, alat dalam peti kabinet Telekom dicuri
LIPIS : Kad cip dan alat komunikasi yang terdapat dalam 30 peti kabinet milik Syarikat Telekom Malaysia ( TM ) hilang dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah menerima tujuh laporan polis berkaitan kejadian itu dan TM mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta.
Katanya, kejadian berlaku di sekitar Lipis, Sungai Ruan, Raub dan Bukit Tinggi, Bentong dan perbuatan khianat itu dilakukan anatara waktu siang pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan telah dilakukan sejak awal Disember 2023.
“Sebanyak 30 peti kabinet tersebut menjadi sasaran pencuri di kawasan terbabit menyebabkan pengguna internet di kawasan itu gagal mendapat capaian internet dan perkhidmatan telefon turut tergendala .
“Pihak teknikal TM memaklumkan setiap peti tersebut bernilai kira-kira RM40,000 perlu dipasang semula dengan alat baharu bagi meneruskan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan terbabit,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Azli memohon orang ramai melaporkan dengan segera kepada pihak polis sekiranya terlihat sebarang aktiviti yang meragukan melibatkan cip elektronik pada peti kabinet milik Syarikat Telekom Malaysia khususnya di dalam daerah lipis.
“Jika terdapat sebarang maklumat berkenaan , sila hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Aiman, nombor telefon: 017- 7093942 ) atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Ariffin, no telefon : 013-2996456,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Beliau menambah, orang ramai yang mengetahui ada maklumat itu boleh menghubungi terus ke Bilik Gerakan IPD Lipis, di talian 09- 3122222. – SAHIH.