TINJAUAN SOP SAMBUTAN DEEPAVALI
TINJAUAN SOP SAMBUTAN DEEPAVALI
MARAN: Pengurusan Kuil Sri Marathandavar, dekat sini, akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan negeri bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Menurut Setiausaha Kuil Marathandavar Maran, G Poogavanam, upacara sembahtang di kuil sempena Deepavali hari ini dihadkan bermula 7 pagi sehingga 12 tengahari.
SETIAUSAHA Kuil Marathandavar Maran, G Poogavanam
Selain itu, penganut agama hindu perlu mengikuti penjarakan sosial 1 meter, pemeriksaan suhu,pemakaian pelitup separuh muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman.
“Deepavali ini kali kurang meriah sebab masing-masing macam hari raya puasa pun sama juga bukan.. raya haji pun sama juga.. jadi kita ikut SOP la.. masing-masing jaga negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Lawatan Persekitaran oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
Pada lawatan itu, Datuk Seri Dr Sallehuddin berpuas hati dengan pematuhan SOP ditetapkan dan turut berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia yang menjalani tugas memutuskan rantaian wabak itu.