Tidak Tahu Kesan Dos Penggalak, 45 Peratus Tidak Menghadiri Temu Janji
SHAH ALAM – Masih ramai yang tidak menghadiri janji temu ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk dos penggalak.
45 peratus yang gagal hadir besar tidak mengendahkan kepentingan dos penggalak ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, terdapat tiga faktor utama yang menjadi penyebab rakyat tidak mengambil dos penggalak ini.
Menurut Khairy, masih ramai yang tidak tahu kesan dan kepentingan dos penggalak yang dapat mengurangkan risiko jangkitan virus COVID-19.
‘Saya sudah minta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerap menerangkan mengenai kepentingan dos penggalak di media.
‘Selain itu, ramai juga yang takut pencampuran vaksin menjadi faktor mereka tidak mengambil dos penggalak,’ katanya.
Mereka yang tidak mahu meneruskan temu janji dos penggalak adalah golongan berisiko tinggi iaitu 60 tahun ke atas kerana takut campuran vaksin sebelum ini dengan dos penggalak.
‘Sebelum ini dapat vaksin jenis Sinovac, sekarang dos penggalak adalah Pfizer.
‘Sebab ketiga, dahulu ramai yang takut dengan varian Delta dan angka kes semakin meningkat, sekarang bila keadaan sudah semakin baik, ramai yang tidak mahu dos penggalak lagi’, jelasnya.
Khairy menyeru kepada semua jangan mengambil mudah mengenai janji temu dos penggalak kerana terdapat varian lain yang sedang dialami di luar negara iaitu varian Omicron.
Beliau juga menerangkan jika informasi dan kesedaran mengambil vaksin seperti dos pertama dan kedua, kemungkinan besar bilangan kemasukan hospital dan kematian akan meningkat.
‘Kesan sampingan dos penggalak adalah riangan dan tiada kes berat yang menyebabkan kemasukan ke hospital setakat ini,’ katanya semasa bertemu di program Agenda Awani yang bertajuk Vaksin Covid-19: Dos penggalak Jadi Perisai.
Beliau sempat berpesan jangan mudah berasa yakin dan alpa dengan kejayaan serta kebebasan yang kita dapat sekarang.
SUMBER: SINAR HARIAN