TERLALU SIBUK BEKERJA, ISTERI FRONTLINER MINTA CERAI
Bertugas sebagai barisan hadapan selama musim pendemik Covid-19 amatlah sibuk dan terpaksa berkorban masa dan nyawa demi rakyat Malaysia.
Pelbagai kisah kita dengar pengorbanan sebagai seorang petugas barisan hadapan. Ada yang terpaksa berpisah lama dengan keluarga, ada yang sanggup tidur di luar rumah untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada keluarga, ada juga yang tidak sempat berehat, makan dan minum.
Lain pula kisah petugas barisan hadapan yang baru-baru tular.
Kisah rumah tangga seorang petugas yang membawa ambulans untuk selamatkan nyawa penyakit telah berakhir kerana isterinya tidak berpuas hati terhadap suami yang sangat sibuk menjalankan tugas.
Suaminya seorang pemilik merangkap pemandu sebuah syarikat penyelia perkhidmatan ambulans di Lembah Klang dan isterinya bekerja dalam sektor kerajaan.
Sepanjang mereka bersama, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Oleh kerana suaminya terlalu komited dengan tugas, isteri tidak berpuas hati dan mula menuntut penceraian.
Suaminya bukan sahaja mengurusan urusan di pejabat, malah membantu orang ramai yang memerlukan bantuan.
Ada kala, suaminya pulang lewat malam dan keluar awal pagi untuk menjalankan tugas dan membantu orang ramai.
“Kerja saya ini tidak menentu, saya perlu uruskan hal di pejabat serta memandu ambulans sekiranya terlalu banyak permintaan.
“Hendak harapkan pekerja, mereka pun tidak menang tangan. Tidak sangka pula, kesibukan saya itu membawa kepada perceraian kami,” kata suaminya.
Pergolakan rumah tangga mereka bermula sejak pendamik Covid-19 melanda negara.
“Selama saya hidup dengan isteri, kami berdua bahagia dan saling memahami tugas masing-masing. Disebabkan Covid-19 melanda negara, kerja saya sebagai frontliners semakin sibuk.
“Permintaan terhadap ambulans meningkat begitu mendadak. Kami terima banyak permintaan untuk menghantar pesakit Covid-19 ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” jelasnya.
Isterinya mula merajuk hati dengan suami yang sering meninggalkan dirinya seorang diri di rumah.
“Isteri tidak faham kerja saya, dia mahu saya duduk di rumah pada hujung minggu dan luangkan masa bersamanya,” katanya.
Apabila pulang ke rumah, isteri mempersoalkan tugas suaminya hingga membawa kepada pergaduhan.
Lebih mengeruhkan keadaan, isterinya tidak dapat bertahan apabila suaminya tidak pulang ke rumah selama tiga hari kerana bertugas.
Suaminya bimbang virus akan berjangkit kepada isterinya, suami tinggal di tempat kerja sementara menunggu keputusan ujian Covid-19.
Malangnya isterinya tidak dapat menerima alasan suami dan suami melafazkan cerai talak satu kepada isteri melalui panggilan telefon sebelum membuat pengesahan di mahkamah syariah dua minggu kemudian.
SUMBER: KOSMO