TEMAN LELAKI TAK BALAS MESEJ ANDA?
TEMAN LELAKI TAK BALAS MESEJ ANDA?
Enam Sebab Teman Lelaki Tak Balas Mesej Anda, Yang Last Paling Marah!
Tidak semua lelaki suka berkepit dengan handphone dan melayan setiap mesej dan panggilan anda. Anda juga perlu faham dengan situasi si dia. Hidupnya bukan hanya memberi perhatian kepada anda setiap masa.
Bila kena abai atau ignore dengan pasangan anda, janganlah meroyan pula. Mesti ada sebab mengapa dia tidak membalas mesej. Tanya baik-baik dan jangan terus tuduh dengan perkara yang tidak betul. Jadi ini antara sebab kenapa teman boyfriend tidak melayan mesej anda.
Berikan Ruang
Untuk lelaki yang bukan jenis handphone di tangan, pasti dia sedang melalukan aktiviti harian seperti pergi jogging, gymnasium atau lakukan hobinya bersama kawan-kawan. Anda yang perlu memahami si dia. Nanti selesai semuanya, si dia akan hubungi anda segera.
Sibuk Kerja
Walaupun ini alasan cliche, tapi kadang-kala memang betul. Bukan niat abaikan pasangan tetapi memang ada tugasan yang perlu diselesaikan dahulu. Kalau si dia memang sibuk seharian, dia akan maklumkan. Janganlah kacau dia masa kerja.
Marah
Mesti ada sesuatu yang membuatkan dia marah. Lelaki lebih suka mendiamkan diri semasa marah. Cuba anda fikir semula apa salah anda dan mohon maaf dengan cepat. Berbincang dan selesaikan masalah dengan elok jangan diam sahaja, masalah pun tidak akan selesai.
Game
Kalau jenis pasangan yang kaki game harap anda bersabar. Main permainan video bukan setengah jam ya, mungkin akan mengambil masa yang lama dan anda terpaksa menunggu. Tapi kalau dah sayang mestilah anda boleh sabar.
Tidur
Haa ini satu lagi perkara yang memang lelaki akan buat. Tertidur sampai tak ingat dunia! Anda pula fikir bukan-bukan sampai menangis. Ini memang tidak dapat dielakkan, tidur juga salah satu hobi lelaki. Jadi, sabar sahaja wahai perempuan di luar sana.
Jadikan Sebab
Opps! Siapa pernah terkena? Si dia tidak balas mesej, tidak telefon rupanya sibuk keluar dengan orang ketiga. Dia hanya mencari alasan untuk putuskan hubungan sahaja. Alasan yang diberi semua tidak masuk akal. Walaupun pedih, tinggalkan saja lelaki macam ni dan move on!