GUNA TANDAS MESRA ALAM BOLEH DITUKAR KEPADA SUMBER TENAGA DAN WANG DIGITAL!

Perkara normal apabila manusia berkumuh atau bernyahtinjaan atau lebih mudah buang air besar dan kecil.

Ia adalah hasil bahan buangan daripada badan manusia .

Proses ini mengeluarkan najis, air kencing, peluh dan karbon dioksida.

Bahan buangan ini merupada bahan makanan yang tidak dapat dicerna, lalu akan dibuang melalui proses tadi.

Sebuah universiti di Korea Selatan, Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST) mencipta tandas mesra alam yang mampu menghasilkan biogas dan baja menggunakan bahan kumuhan.

Tandas tersebut dinamakan BeeVi yang menggunakan pam vakum untuk menghantar najis ke tangki bawah tanah yang tidak menggunakan jumlah air yang banyak.

Melalui tangki tersebut, sisa buangan menjadi metana sekali gus dijadikan sumber tenaga untuk bangunan universiti dan kemudahan pelajar.

Sumber yang diambil dari Reuters, seorang profesor Kejuruteraan Bandar Dan Alam Sekitar, Cho Jae-Weon berkata, najis memiliki nilai tinggi dalam penghasilan tenaga dan baja, dengan ciptaan tandas mesra alam najis yang dibuang disalurkan ke peredaran ekologi.

Cho menjelaskan manusia membuang air besar sekitar 500 gram sehari yang boleh ditukarkan kepada 50 liter gas metana untuk menghasilkan elektrik 0.5kWh atau pemanduan boleh mencapai 1.2 kilometer (0.75 batu).

Selain itu, profesor berkenaan juga mencipta Ggool iaitu mata wang digital hasil daripada menggunakan tandas BeeVi.

Pelajar boleh menggunakan mata wang Ggool untuk membeli barang keperluan di kampus seperti kopi, buah-buah, buku atau mi segera dengan mengimbas kod QR untuk membeli.

Untuk pelajar yang menggunakan tandas BeeVi akan memperoleh 10 Ggool sehari dan boleh menggunakan wang digital tersebut untuk keperluan seharian.

Untuk melihat video penuh, boleh klik di sini.