INDIA: PELAJAR KEJURURAWATAN DITAHAN MENGGUNAKAN PICAGARI YANG SAMA SUNTK VAKSIN COVID-19 KEPADA 30 PELAJAR SEKOLAH
INDIA – Seorang pelajar jurusan kejururawatan ditahan oleh pihak berkuasa selepas disyaki menggunakan picagari yang sama menyuntik vaksin COVID-19 kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah di India.
Menurut sumber, Jitendra Ahirwar yang dilatih untuk menjalankan program vaksinasi oleh jabatan kesihatan tempatan, ditahan awal minggu ini setelah didapati melakukan kesalahan tersebut di daerah Sagar, Madhya Pradesh.
Pegawai Polis Daerah, Tarun Nayak berkata pihak polis telah menahan lelaki itu selepas didapati menyuntik vaksin menggunakan picagari yang sama kepada lebih 30 pelajar. Namun, semua pelajar yang menerima vaksin tersebut selamat.
‘Kejadian ini berlaku ketika program vaksinasi mega sedang dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah tersebut pada hari Rabu yang lalu’, katanya.
Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan daerah Sagar, Dr. Devendra Goswami berkata pegawai vaksinasi daerah itu digantung tugas dan akan menjalani siasatan lanjut.
SUMBER: BERSAMA