Taste The TV, Boleh Rasa Makanan Sebenar Dengan Jilat Pada Skrin
Jepun memang terkenal dengan teknologi yang canggih. Macam-macam peralatan telah mereka cipta.
Teknologi semakin maju, kehidupan semkain pantas dan urusan kerja perlu diselesaikan dengan segera.
Laporan daripada Reuters, seorang professor di Jepun berjaya mencipta sebuah alat prototaip kepada skrin televisyen yang boleh menghasilkan rasa makanan sebenar apabila dijilat.
Nama prototaip tersebut adalah Taste The TV (TTTV) adalah sebuah inovasi baru apabila penonton dapat merasa makanan yang dipaparkan pada skrin dengan rasa yang sebenar.
TTTV dibekalkan dengan 10 tin perasa yang berbeza di bahagian atas skrin akan dicampurkan untuk menghasilkan rasa makanan yang dipilih oleh pengguna.
Campuran perisa tersebut akan disembur pada filem yang bersih di atas skrin TTTV untuk dijilat oleh penonton.
Lapisan filem boleh diganti untuk memastikan kebersihan terjaga.
Pencipta TTTV dari Universiti Meiji, Homei Miyashita TV luar biasa ini diperlukan untuk menggalakkan orang ramai dapat berhubung dengan dunia luar walaupun pelbagai krisis tiba seperti virus COVID-19.
Beliau bersama 30 orang pelajar lain mencipta TTTV dan juga beberapa inovasi lain yang melibat deria rasa.
Miyashita memberitahu TTTV tersebut telah dicipta sejak tahun lepas dan anggaran kos prototaip bagi versi komersial sekurang-kurangnya 100,000 Yen (RM3,675) untuk setiap unit.
SUMBER: REUTERS