MACAM MANA PAKAI TONER DENGAN BETUL? GUNA TANGAN, KAPAS ATAU SPRAY?

Penggunaan toner sangat penting pada muka selepas mencuci. Ia bantu menghilangkan kotoran seperti minyak, sisa make up, debu dan habuk.

Toner juga berfungsi untuk menenangkan, menghaluskan dan persiapan pada kulit muka untuk menerima khasiat penjagaan muka yang lain seperti serum, pelembap dan krim muka.

Memakai toner adalah langkah kedua selepas mencuci muka untuk membantu hilangkan lebihan minyak muka dan tinggalkan sel kulit mati.

Guna Kapas Untuk Kulit Berminyak & Kombinasi

Untuk kulit berminyak dan kombinasi iaitu minyak berlebihan di kawasan ‘T Zone’, dahi, hidung dan dagu.

Memakai toner guna kapas sebenarnya sesuai untuk semua jenis kulit tetapi lebih baik kepada mereka yang memiliki kulit berminyak dan kombinasi kerana menggunakan kapas pada muka bantu membersihkan kulit dengan lebih dalam dan buang lebihan minyak selain itu berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati.

*Tips Tak Nak Membazir Pakai Toner Guna Kapas

Mesti anda merasakan pakai toner guna kapas adalah satu pembaziran kerana cecair toner akan menyerap dalam kapas berbanding anda menyapu toner pada muka!

Ada satu tips yang anda boleh guna iaitu sebelum letak toner pada kapas, basahkan kapas terlebih dahulu dengan air bersih dan perah sampai tiada air menitik.

Kemudian, barulah letak toner kegemaran anda pada kapas. Kapas yang lembap tidak akan menyerap cecair toner dengan lebih banyak.

Selamat mencuba!!

Guna Tangan Untuk Kulit Normal, Kering & Sensitif

Mungkin sudah ramai yang memakai toner menggunakan tangan. Perbezaan memakai toner menggunakan tangan adalah anda dapat rasakan toner menyerap pada kulit dan terasa puas!

Tapak tangan yang lembut sambil menyapu permukaan muka dan haba tangan menyebabkan toner diserap lebih baik.

Guna Spray Untuk Semua Jenis Kulit

Mungkin ada yang kurang yakin pakai toner guna tangan, anda boleh pindahkan cecair toner ke botol spray. Pastikan botol spray bersih!

Tapi bukan mudah juga kalau anda menggunakan spray. Anda perlu spray toner pada muka dan tepuk muka dengan lembut untuk pastikan toner menyerap pada kulit.

Ada juga setengah orang hanya spray toner dan biarkan kering tapi pastikan jarak spray dengan muka dekat dan tepat pada muka.