TOLONGLAH CIK B DAPAT SAMBUTAN

Siapa tidak kenal dengan nama Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV) kini semakin menyerlah selepas membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta.

Kini Cik B muncul dengan single pertama ‘Tolonglah’ yang merupakan luahan hati seorang anak kecil yang mengalami pengalaman hidup yang gelap, didera oleh pembantu rumah dan dibayangi dengan isu keluarga.

‘Tolonglah’ nyanyian Cik B bergenre dark emo rap yang hanya membuat video klip di rumah dan gudang serta dibantu oleh kakitangan Wisma Vida Beauty.

Lagu ini dicipta sendiri oleh Cik B bersama ibunya, DSV. Tinjauan yang dibuat video klip ‘Tolonglah’ di Youtube dapat 501,329 tontonan dan 53k likes sejak 1 Disember.

Di akaun Instagram dan Twitter Cik B juga dipenuhi dengan kata-kata positif daripada peminat.

Menurut sumber, lagu ini sudah disiapkan setahun yang lalu tetapi Cik B merasakan tiada keyakinan diri, malu dan takut kepada media. Namun, selepas setahun Cik B mula yakin dengan diri sendiri untuk lebih ke hadapan.

Cik B berharap peminat dan penyokong dapat menerima lagu tersebut dan memahami setiap lirik yang diingin disampaikan.