10 TIPS KHAS BUAT ISTERI

KHAS UNTUK ISTERI UNTUK KEKAL CANTIK SELEPAS BERBELAS TAHUN KAHWIN

Masa bercinta wanita sangat gigih untuk bercantik-cantik untuk teman lelaki, sampai tak nampak cacat celanya. Tapi bila dah kahwin berbelas tahun, sudah kenal luar dalam. Wanita mula ‘malas’ dan tiada masa untuk menguruskan diri sendiri.

Jangan macam tu! Sebagai wanita anda kena terus cantik untuk suami. Suami pun memainkan peranan tau. Bukan tahu nak yang cantik je, suami juga perlu sediakan keperluan untuk isteri. Tapi untuk perkara asas, si isteri kena kekalkan kecantikkan.

Rambut

Rambutkan mahkota setiap wanita. Bagi yang bekerjaya mungkin sibuk dengan aktiviti luar. Anda boleh cuba buat potongan gaya rambut pendek. Tahu tak rambut pendek boleh menampakkan anda lagi muda, lincah dan aktif! Mungkin juga ada yang simpan rambut panjang, tak salah tapi kena rajin jaga.

Syampu

Tidak kira rambut panjang atau pendek, syampu rambut anda sekurang-kurangnya tiga minggu sekali. Pakai perapi sekali! Suami suka bau rambut isteri tau, tak rugi kalau anda rajin cuci rambut.

Uban

Walaupun dah berbelas tahun berkahwin, segala baik buruk dah diharungi bersama. Tapi sebaiknya, sembunyikan rambut putih atau uban anda. Pakai pewarna rambut yang halal atau inai untuk menampakkan rambut anda masih sihat dan muda. Tak salahkan?

Bersolek

Eh sekali-sekala dating dengan suami. Janganlah biarkan muka tu terlalu original. Dekat rumah tak makeup, keluar berdua cuba tepek sikit bedak, mascara, eyeliner, blusher dan lipstick. Barulah berseri-seri.

Minyak wangi

Pakai minyak wangi! Suami lalu sebelah terus tercium bau wangi manis-manis macam tu. Kalau suami datang jemput di pejabat pun, masuk kereta terbau wangian isteri terus rasa segar.

Losyen

Sebelum tidur, sapu dulu losyen pada tangan dan kaki. Amalkan setiap malam. Bukan anda je rasa selesa, suami pun seronok bila nak tidur. Bukan itu je, kulit anda akan jadi lembut.

Eyebag

Kadang-kadang dengan tak cukup tidur sampai menyebabkan eyebag. Eyebag tu membuatkan muka anda tidak sihat dan sentiasa penat. Rawat eyebag dengan menggunakan timun. Atau paling mudah beli je dekat drugstore, gel lingkaran gelap mata.

Bibir Kering

Minum air masak banyak-banyak! Atau sapu pelembap pada bibir. Anda boleh buat sendiri mask bibir untuk tanggalkan kulit mati pada bibir.

Eksfoliasi Muka

Sama seperti skrub muka sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sekali. Muka anda akan sihat dan bersih.

Urut

Ambil sedikit masa pergi ke spa untuk buat urutan. Inilah masanya anda dan suami meluangkan masa bersama dan memanjakan diri.

.https://www.sahih.com.my