CERAHKAN BIBIR YANG GELAP, SESUAI UNTUK PEROKOK
CERAHKAN BIBIR YANG GELAP, SESUAI UNTUK PEROKOK
Sejak zaman dulu lagi, merokok bukan kepada lelaki sahaja malah perempuan pun ada yang merokok. Cuma yang membezakan rokok sekarang dan dulu adalah jenis rokok. Dulu rokok gulung sekarang rokok dah banyak jenama mahal atau murah.
Salah satu kesan merokok secara luaran adalah bibir menjadi hitam. Yang sudah berhenti merokok pasti rasa tidak selesa dengan bibir yang nampak kusam dan tak bermaya. Lebih-lebih lagi perempuan. Dah cantik tapi bibir macam orang sakit! Jom tengok tips macam mana nak dapatkan bibir cerah selepas berhenti merokok. Oh ya, tips ini juga boleh digunakan kepada semua orang bukan kepada bekas perokok sahaja.
Minyak Zaitun
Setiap kali lepas mandi sapu minyak zaitun pada bibir. Gosokkan dengan perlahan menggunakan jari.
Minyak Kacang Almond
Mungkin jarang dengar minyak kacang almond tapi ia membantu mencerahkan bibir. Sama seperti minyak zaitun. Sapu selepas mandi setiap hari.
Madu
Sapukan madu asli pada bibir. Nak lagi elok bukan madu buat kuih tu tau! Tapi madu yang asli dari pokok. Gosok bibir sampai sel kulit mati tertanggal. Gosok cuma dua ke tiga minit setiap hari. Boleh buat sebelum tidur.
Kunyit Hidup
Tumbuk kunyit hidup lebih kurang dua ke tiga inci. Sapu pada bibir. Buat setiap hari sekurang-kurangnya dua minit. Lama-kelamaan bibir korang akan cerah.
Strawberi
Ye, buah strawberi! Sedap dan memberi khasiat pada bibir. Buah strawberi yang sudah dipotong, sapu pada bibir selama 15 minit dan biarkan.
Aloe Vera
Aloe vera banyak kegunaan untuk bahan kecantikan semula jadi termasuk mencerahkan bibir. Lebih elok kalau korang guna aloe vera yang ditanam sendiri. Segar dan jamin bersih. Gunakan lendir dauh lidah buaya dan sapu pada bibir selama 15 minit. Lakukan setiap hari.
Skrub Gula
Skrub gula memang sangat terkenal. Korang boleh gunakan skrub gula untuk cerahkan bibir. Gosok setiap hari. Bibir korang akan segar. Skrub gula korang boleh buat sendiri atau beli di pasaran.