SIDS ADALAH KEMATIAN SECARA TIBE-TIBE PADA BAYI YANG BERUSIA BAAWAH SATU TAHUN
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) adalah kematian secara tiba-tiba pada bayi yang berusia bawah satu tahun. Kematian ini tiada tanda atau gejala. Kebanyakkan kes SIDS, bayi mati dalam keadaan tidur.
Faktor SIDS
Kematian bayi dikaitkan dengan terjadinya mutasi atau kelainan gen. Gangguan otak, berat badan bayi dan infeksi pada paru.
Selain daripada itu, bayi yang berpotensi mengalami SIDS adalah keadaan atau posisi bayi yang sedang tidur.
Di Twitter seorang Medical Doctor, @drluqman berkongsi informasi mengenai SIDS. Jangan fikir bilik tidur atau tempat tidur bayi adalah selamat.
Tidur Meniarap
Posisi bayi tidur dengan cara meniarap atau telungkup menyukarkan bayi sukar untuk bernafas.
Elak Letak Benda Berat
Jangan letak barang lain atas tilam bayi. Risiko bayi tertindih atau tertimpa dengan barang tersebut sangat besar. Ibu bapa juga tidak digalakkan tidur katil yang sama dengan bayi. Ada kes bayi mati kerana saluran pernafasan tertindih atau terhalang semasa tidur dengan ibu bapa.
Jangan Merokok
Sebaiknya elakkan bayi mempunyai sentuhan rapat dengan perokok. Tidak kira ibu atau bapa. Sisa asap rokok memberi kesan yang tidak bayi pada bayi menyebabkan kematian.
Tambahan dari sumber, suhu bilik perlu sesuai dengan keadaan bayi. Jika anda gunakan penghawa dingin, suhu jangan terlalu sejuk atau panas.
Cara Mencegah SIDS
Tidur Terlentang
Tidurkan bayi anda dengan posisi yang lebih terbuka atau terlentang. Jika bayi sudah mencapai usia setahun lebih dan boleh mengiring dengan sendiri, anda boleh mengiringkan bayi.
Sediakan Tempat Tidur Yang Selamat
Walaupun tilam yang lembut dan empuk lebih selesa, risiko bayi untuk sesak nafas lebih tinggi. Anda gunakan tilam yang sedikit keras dan rata. Jangan letak bantal tebal, mainan patung atau selimut tebal. Selain itu, pastikan bayi tidak berkongsi tilam dengan orang dewasa.
Pakaian Yang Selesa
Sebaiknya bedung bayi anda semasa tidur. Pakaikan pakaian yang sesuai dengan suhu bilik dan keadaan sekeliling.
.https://www.sahih.com.my