KERAP JERIT PADA ANAK, BERGADUH DENGAN PASANGAN, TANDA IBU PERLUKAN REHAT
Jadi seorang ibu bukan senang ye. Banyak perkara yang ibu kena settlekan.
Ada masa ibu perlukan waktu berehat dan bersendirian atau dipanggil ‘me time‘.
Bukan nak lari dari tanggungjawab tapi kepenatan menjalankan tugas sebagai ibu dan isteri bukanlah tugas yang mudah.
Nampak je macam jaga anak saja tapi dalam masa yang sama kena kemas rumah, sediakan makan minum, kebersihan anak-anak, uruskan diri sendiri dan banyak lagi!
Perasan tak dalam sehari, tak dengar ibu menjerit memang tak sah lagi-lagi yang ada anak kecil.
Apa yang tak kena di mata dia, mesti menjerit macam besar sangat salah anak-anak, padahal cuma letak cawan di hujung meja je.
Kadang-kadang bukan jerit pada anak je, pada pasangan pun si ibu boleh marah.
Mulalah bergaduh, sentap sampai merajuk walaupun perkara kecil.
Tapi sebenarnya kita tak tahu apa perasaan ibu setelah penat lelah mengawal keadaan dalam rumah dengan ramai ‘askar’ yang sangat aktif.
Kalau korang perasan perkara ini berlaku, tandanya ibu memerlukan waktu ‘cuti’ walaupun di rumah.
Bagi mereka ruang untuk bernafas dan ‘me time‘.
Jika tak mampu ‘me time‘ seminggu sekali, cukup sebulan sekali atau pada masa yang tertentu.
Yang penting pasangan perlu bagi kerjasama dan peluang untuk si ibu melegakan nafas.
Tak perlu pergi bercuti ke pulau atau membeli-belah barangan mahal pun, si ibu cuma perlukan masa untuk diri sendiri dan sedikit ketenangan.
Sebelum tu, jom tengok apakah tanda-tanda si ibu perlukan ‘me time‘.
Semua Tak Kena
Jiwa tu rasa tak puas hati dengan semua benda. Ada je perkara yang tak sedap mata memandang.
Ini adalah punca ibu selalu menjerit. Isi hati ibu tiada siapa yang tahu dan dengar. Ibu pun penat dan perlukan rehat.
Bersangka Buruk
Bukan sengaja, ada ke ibu yang bersangka buruk terhadap anak sendiri? Bila dah naik angin, rasa nak marah mesti nampak kenakalan anak-anak.
Anak lasak sangat, buas, tak sopan dan degil. Sebenarnya bukan salah siapa-siapa, si ibu hanya penat. Anak pula perlukan perhatian.
Selalu Jerit
Kejadian mudah marah akan memberi tindakan refleks dengan jeritan.
Jika keadaan marah semakin meningkat, maka refleks untuk menjerit itu tinggu walaupun pada perkara yang kecil.
Cari Gaduh
Bila otak dah penat, badan dah letih melayan kerenah anak, yang akan jadi mangsa utama adalah pasangan.
Sekecil-kecil perkara akan menjadi besar bila jiwa si ibu tiada siapa yang endah.
So, selesai dengan baik dan pastikan berbincang.
Berkasar
Pada awalnya, si ibu adalah wanita yang lemah-lembut dan memberi layanan yang ‘tip-top’ pada keluarganya tapi lama-kelamaan nampak perubahan. Sering bercakap kasar, mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar malah ada juga yang mogok tidak menjalankan tugas seperti biasa.
Ini adalah masalah si ibu bornout dengan kerja-kerja harian.
Sentap
Ini sering berlaku kepada ibu. Selalu sentap dengan anak-anak walaupun anak tak tahu pun apa yang mereka buat.
Berkecil hati bukan pada pasangan je, anak pun boleh nak kecil hati. Tapi sekejap je, lama-lama ni anak peluk, ibu okay semula.