PERANG BESAR YANG BERPUNCA DARI PERKARA KECIL

Peperangan adalah rusuhan atau konflik terancang yang biasanya mengambil masa yang panjang di antara dua negara atau lebih.

Perang adalah perbalahan menggunakan senjata hingga menyebabkan ramai yang terkorban, mengganggu sosial dan menjatuhkan ekonomi negara.

Apabila berlaku peperangan pertumpahan darah, rampasan kuasa, perebutan kawasan dan kehancuran akan berlaku dengan sangat teruk.

Tetapi sebenarnya ada peperangan yang wujud hanya kerana perkara kecil dan tidak masuk akal. Apa peperangan yang tidak masuk akal tu?

Peperangan Tembikai

Siapa suka makan tembikai? Korang kena tahu sejarah perang tembikai ini untuk hargai dan menikmati sebiji tembikai yang korang beli tu!

Semasa pembinaan landasan kereta api di Panama pada abad ke-19, ramai pendatang Amerika datang ke Panama untuk bekerja.

Tetapi projek tersebut gagal dan menutup peluang pekerjaan untuk penduduk setempat. Namun, pendatang daripada Amerika masih ramai datang hingga menyebabkan penduduk tempatan tidak puas hati.

April 1856, pendatang Amerika iaitu Jack telah mencuri sepotong tembikai yang berharga lima sen dan di sinilah bermulanya ‘Perang Tembikai’ yang menjadi rushuan besar-besaran.

Peperangan Roti

Kerana roti je sampai boleh berperang? Tukang roti Perancis di Maxico, Ramontel adalah mangsa keadaan sewaktu pemilihan presiden negara tersebut pada tahun 1837.

Kedai roti Ramontel terbakar disebabkan rusuhan yang berlaku ketika itu.

Ramontel minta ganti rugi dari kerajaan Maxico tetapi permohonannya tidak dilayan kerana dia bukan warga negara Mexico.

Kemudian, Ramontel cuba minta pertolongan daripada kerajaan Perancis. Oleh sebab itu, kerajaan Perancis melihat inilah peluang untuk mereka menuntut hutang lain yang dipinjam oleh Mexico, Malangnya kerajaan Mexico tetap menolak kehendak kerajaan Perancis.

Kerajaan Perancis tidak berpuas hati dengan keputusan Mexico dan mulakan ‘serangan’ yang dinamakan ‘Perang Perancis’.

Pada Mac 1839, akhirnya Perancis berundur apabila Mexico bersetuju untuk menandatangani perjanjian damai dan membayar ganti rugi sebanyak 600,000 pesos.

Namun, janji tidak ditepati oleh kerajaan Mexico, Perancis melancarkan perang kali kedua pada tahun 1861.

Peperangan Baldi

‘War of The Oaken Bucket’ adalah peperangan dua buah bandar di Itali iaitu Moderna dan Bologna pada tahun 1325.

Perang baldi ini berpunca apabila tentera Moderna memasuki kawasan bandar Bologna dan mencuri baldi air awam.

Menurut sumber, dua bandar ini memang sudah tidak lama tidak bersependapat.

Sehubungan dengan kes mencuri baldi, bandar Bologna terasa dicabar dan menyentuh ego menyebabkan mulalah perang baldi.

Sumber lain mengatakan kecurian baldi bukanlah punca utama. Selepas Moderna menang dalam peperangan dengan Zappolino menentang Bologna, mereka juga mencuri baldi untuk dijadikan hadiah.

Dalam peperangan baldi ini menyebabkan lebih 2,000 nyawa terkorban dan dikatakan baldi itu kekal di bandar Moderna.