PELIK! KENAPA JAM SELALU DIPAKAI PADA TANGAN KIRI?

Jam tangan adalah aksesoris tangan yang dipakai oleh lelaki, perempuan dan semua peringkat umur.

Macam-macam jenis jam tangan yang dijual di pasaran sekarang, harga pun macam-macam ada.

Ada sesetengah orang memakai jam adalah wajib dan kalau tak pakai, rasa kekurangan pada badan.

Ada juga yang tak pakai mungkin sebab ada kemudahan lain untuk tengok masa.

Memakai jam memang berguna terutama bila sibuk melakukan tugasan harian walaupun dah ada smart phone untuk tengok masa berlalu.

Tapi jam tangan masih relevant untuk dipakai sampai ke hari ini.

Jam tangan bukanlah perkara wajib untuk setiap individu, ia bergantung kepada keperluan masing-masing.

Tapi pernah terfikir tak kenapa kebanyakkan orang pakai jam tangan di tangan kiri?

Seakan-akan memang peraturan memakai jam belah kiri.

Walaupun ada juga yang pakai jam tangan belah kanan tapi majoriti yang memakai jam adalah tangan kiri.

Kenapa ye?

Kisah Dahulu

Zaman dahulu hanya perempuan yang memakai jam tangan, kaum lelaki menggunakan jam poket kerena ia lebih berfungsi untuk peperangan.

Jam poket digunakan oleh kaum lelaki selain dari melihat waktu, ia juga digunakan untuk penunjuk arah dan ukur keseimbangan.

Dipanggil jam poket kerana size yang besar sedikit berbanding jam tangan tetapi masih muat untuk disimpan dalam poket.

Ada juga yang menyimpan jam poket ini dalam beg kulit yang digantung pada pinggang.

Tujuan beg kulit tersebut untuk mengelakkan jam poket pecah.

Jam poket di tempatkan di sebelah kiri untuk mengelakkan jam poket pecah, calar atau terjatuh.

Ini kerana penggunaan tangan kiri tidak dominan.

Kemudahan Untuk Si Pemakai

Sama juga dengan penggunaan jam tangan pada zaman sekarang.

Kalau pakai jam belah kanan, mungkin akan mengganggu aktiviti harian seperti menulis, makan atau memegang benda.

Lebih terkesan jika mereka yang memakai jam pintar (smart watch).

Susahkan kalau pakai tangan dominan atau tangan kanan, nak tekan skrin pada jam jadi kekok sebab tangan kiri tidak selalu ditugaskan untuk membuat kerja.

Oleh itu, peraturan yang tidak rasmi ini digunakan oleh seluruh dunia kerana secara tidak langsung memudahkan pergerakan dan melakukan aktiviti seharian.

Tapi jangan risau, memakai jam tangan di sebelah kanan bukanlah satu kesalahan atau pelik, ia hanya mengikut keselesaan seseorang.