PIALA ASIA: SKUAD HOKI PROJEK KHAS WANITA GAGAL MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA ASIA 2022

Kuala Lumpur – Gagal ke pusingan separuh akhir Piala Asia 2022 selepas Skuad Hoki Projek Khas Wanita Kebangsaan dibelasah oleh pihak lawan iaitu Jepun diaksi terakhir Kumpulan A di Muscat, Oman malam tadi.

Perlawanan berlangsung di Kompleks Sultan Qaboos menyaksikan Jepun menjaringkan enam gol padang dan dua gol jaringan penalti kapten Yuri Nagai pada minit keempat.

Manakala Kaho Tanaka membolosi dua gol padang pada minit ke-16 dan ke-28 sebelum Shihori Oikawa menjaringkan gol pada minit ke-20 di sudut penalti.

Sebelum aksi separuh masa pertama berakhir, Mai Toriyama sempat menyumbat gol kelima.

Tidak memberi peluang kepada pasukan negara, gol keenam bolos pada minit ke-39 oleh Koho Tanaka sekali gus melengkapkan jaringan hatriknya.

Jepun masih bertenaga setelah gol disumbat sekali lagi pada minit ke-48 oleh Kana Urata dan penutup oleh Sakurako Omoto yang menjaringkan gol terakhir pada minit ke-57.

Bagaimanapun, laporan daripada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) skuad negara, Nuramirah Shakirah Zulkifli dipilih menjadi pemain terbaik.

Menurut Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas KHM, Paul Revington menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi skuad negara pada suku kedua dari aspek pertahanan.

‘Walaupun banyak gol dibolos semasa perlawanan dengan India dan Jepun, saya tetap berasa bangga dan bersemangat pada pasukan negara kerana bermain secara positif menentang dua pasukan hoki Olimpik yang hebat,’ katanya.

SUMBER: BERNAMA