3 KESALAHAN ISTERI YANG TIDAK PERASAN SAMPAI SUAMI TERASA
Hidup berpasangan perlukan toleransi dan cara komunikasi yang baik. Bukan sebelah pihak sahaja yang salah atau sebelah pihak sahaja yang betul.
Selalu sangat kita dengar ‘asyik perempuan saja yang betul, lelaki semua salah’. Salah sama sekali! Perempuan tidak selalunya betul, sebenarnya kesalahan bukan bergantung pada jantina.
Kadang-kadang perangai si isteri yang membuatkan pergaduhan dan lama-kelamaan akan menjadi punca dalam segala hal.
Tidak dinafikan dalam rumah tangga tidak semestinya indah, ada pasang surutnya tapi sebagai isteri kena tahu kesalahan yang menyebabkan suami terasa hati.
Suami Tidak Boleh Membaca Isi Hati
Ini sering berlaku kepada isteri. Isteri sering merasakan suami boleh ‘baca’ isi hatinya.
Tidak sama sekali! Suami juga seorang manusia, tidak ada telepati dan bukanlah ada kelebihan yang luar biasa.
Para isteri, kalau ada perkara yang terpendam dalam hati silalah berbincang dengan suami untuk ‘clear‘ segala kekusutan itu. Selagi tidak diberitahu dan berbincang, suami tidak akan tahu.
Sering Salahkan Suami Dalam Semua Perkara
Bila ada perselisihan faham atau perbezaan pendapat, memang masing-masing akan mahukan kebenaran mengikut kehendak sendiri.
Bergaduh untuk membuktikan siapa yang betul dan tidak mahu mengalah menyebabkan perkara tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik dan pengakhirannya akan menyebabkan salah seorang terasa hati.
Suami dan isteri diibaratkan seperti kumpulan yang memerlukan kerjasama, pendapat dan dapat keputusan yang ‘menang-menang’.
Selalu Fikir Anak Dulu, Baru Fikir Suami
Ya, betul. Anak adalah segala-galanya tapi jangan menidakkan kewujudan suami.
Isteri selalu berfikir suami boleh menguruskan diri sendiri tetapi suami juga perlukan perhatian isteri untuk rasa disayangi.
SUMBER: MINGGUAN WANITA