MALAYSIA TIDAK MENGHANTAR WAKIL MISS UNIVERSE KE-70 DI ISRAEL

Malaysia tidak menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik dunia yang bakal diadakan di Eilat, Israel Disember depan.

Organisasi Miss Universe Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi tidak menghantar wakil ke Miss Universe edisi ke-70 kerana situasi pandemik COVID-19 yang melanda.

Dalam kenyataan tersebut mengatakan pandemik yang melanda ini membuatkan perjalanan domestik dan antarabangsa menjadi sukar menyebabkan Malaysia tidak dapat menghantar wakil.

Miss Universe Edisi ke-69 yang dijalankan pada Mei lalu di Florida, Amerika Syarikat Malaysia menghantar wakil peserta dari Sarawak, Francisca Luhong James.

Pemenang edisi tersebut dari peserta Mexico, Andrea Meza.

Walau bagaimanapun, Malaysia mengucapkan selamat berjaya kepada peserta ratu cantik yang akan ke Israel dan Malaysia akan kembali menyertai pertandingan tersebut di masa akan datang.

SUMBER: AWANI